Satu sessi perbincangan mengenai cadangan nama Masjid Baru Mulaut telah di adakan pada 3 Jun 2012, Ahad,selepas Sembahyang Ferdu Isha, bertempat di Surau Mulaut. Majlis di pengurusikan oleh Yang Mulia Ketua Kampong Mulaut, Tuan Hj. Mohd. Jait bin Hitam. Hadir bersama ialah Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampong Mulaut, Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Surau Kg. Mulaut di ketuai oleh Tuan Imam Hj. Sofri Hj. Mega, dan beberapa ahli-ahli Pengasas Pembinaan Surau Kampong Mulaut masa ini, di antara nya YM Tuan Hj.Japar Datu Setiawan Hj. Tinggal, YM Tuan Hj.Suboh Dollah, YM Tuan Hj.Lamit Hj. Md.Salleh, dan YM Tuan Hj.Kassim Hj.Jamaluddin.
No comments:
Post a Comment