Showing posts with label Bantuan Amal Covid 19 Kg Mulaut. Show all posts
Showing posts with label Bantuan Amal Covid 19 Kg Mulaut. Show all posts

Wednesday, 29 December 2021

Tabong Bantuan Amal Covid-19, / Bantuan Sedekah JariahKg. Mulaut

 Bantuan amal peringkat kedua telah di Tutup pada 21 Nobember 2021 lepas.  Penasihat dan penyelaras Tabong Covid berkenaan telah bersetuju untok melaratkan bantuan Amal di luar Kg. Mulaut, selama sebulan lagi sehingga  21 Desember 2021, memanandangkan para dermawan dermawan juga terdiri dari kalangan yang tingal dari luar kampong. Pemohon pemohon selain dari penduduk kampong Mulaut,terdapat pemohon dari luar Kampong,seperti  kampong Tumpuan Telisai,Kg.Serambangun dari Daerah Tutong, Kg.Terunjing Baru, Kg. Serasa dan Kg.Bengkurong

Pada 18 Dec 2021, Jummat  kumpulan pertama seramai 6 orang penerima  bantuan terdiri dari Kg.Mulaut,Kg.Tumpuan Telisai,Kg.Rimba.

**  21 Dec 2021 , Tabong Amal Covid-19 Kg.Mulaut di Tutup

Pada 24 Dec 2021,Jumaat, kumpulan kedua seramai 6 orang juga telah menerima bantuan terdiri dari , Kg. Rimba Gadong,  kg. Meragang,  Kg.Bengkurong,  Kg. Serambangun,  Kg.Serasa,  dan Kg.Terunjjing Baru

Selepas tertutup nya Tabong Amal Covid-19 di atas, ada lagi  pemohon meminta bantuan khas . dan atas sebab keperihatinan phak penyelaras dan Penasihat permohonan ini di ambil tindakan yg bersesuaian, derma di buka sebagai bantuan  Sedekah Jariah yg mana tarikh mengumpul wang sedekah  akan berakhir 2 Jan 2022 ini.

Sekian untok makluman semasa


Wednesday, 10 November 2021

Penyerahan Bantuan Amal Covid-19,kumpulan kedua, pusingan Kedua

Penyerahan Bantuan Amal Covid-19,kumpulan kedua, pusingan Kedua,hari Ahad  7 Nobember  2021, di rumah Bendahari MPK Kg.Mulaut. seramai 6 keluarga menerima bantuan di atas.













Friday, 5 November 2021

Bantuan Amal Tabong Covid-19, Kg. Mulaut, pusingan kedua

 Alhamdullilah, memandangkan  sambutan yang amat mengalakan dari penduduk kampong  Mulaut dan juga dari Kampong Kampong lain seperti Kg. Sengkurong, kg.Jerudung dan Kg, Serasa , Muara , kepada tabong berkenaan, Jawatan Kuasa MPK / Takmir Mulaut Sepakat melanjutkan Bantuan kebajikan ini ke pusingan kedua bermula 22 .10.2021 - 21.11.2021 , ( selama sebulan ) 

Sehubungan dengan itu pengaggihkan kepada 10 lagi keluarga di laksanakan pada hari Jumat, 29 Oktober 2021, bertempat di rumah , no.12,Spg 273, Jln Mulaut, Kg. Mulaut.













Friday, 22 October 2021

Lapuran Kunci kira Kira,Kutipan Tabong Amal Covid19 MPK/Takmir Kg. Mulaut,

 A. PENDAPATAN

01. SEDEKAH       $ 3,965.00

02. BARANG         $ 1,437.16

       JUMLAH         $ 5,402.16


B. PERBELANJAAN

01. BELIAN             $ 3,868.70

02. BARANGAN      $1,437.16

       JUMLAH            $ 5,305.86


BAKI DUIT DALAM TANGAN (A - B )

A: $ 5,402.16

B: $ 5,305.86

     $      96.30

Penyata dari:

Haji Ismail Haji Yusof

Penyelaras,

Bendahari MPK Kg.Mulaut dan Setiausaha Jawatan Kuasa Takmir Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Kg.Mulaut

21 Oktober 2021 / 14 Rabiulawal 1443

Alhamdullilah, Bantuan Amal Covid -19 Kg. Mulaut,  telah pun selesai di agihkan kepada seramai 40 Penerima / Keluaga. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan  keperluan permakanan harian mereka. Kita bershukur dan berterima kaseh kepada Penderma Penderma Bantuan dari Penduduk Kampong Mulaut  dan dari Kampong di luar Kg.Mulaut,  berkesudian  menghulurkan  bantuan iklas dari segi kewangan maupun Barangan Makanan Asasi . Semoga Allah memberi balasan ganjaran kepada biskita Semua. Amin Amin Yarabilalamin.

Untok makluman, memandangkan kepada sambutan yang amat mengalakan dari Penduduk Penduduk kampong Mulaut dan Kg.sekitar  nya , Bantuan Amal ini akan di sambong lagi ke pusingan kedua yang bermula dari 22 hb Oktober 2021 ini.

Friday, 8 October 2021

Penyerahan Bantuan Amal Covid 19 bagi kumpulan ke empat, di laksanakan hari ini,Jumat, 8 hb Oktober 2021

 Penyerahan bantuan amal Covid 19 bagi kumpulan ke empat , di laksanakan hari ini Jumat  8 hb Oktober 2021, bertempat di Kediaman Bendahari MPK Kg. Mulaut, seramai 5  orang Penerima lagi dari bilangan. 17-21 telah pun menerima bantuan berkenaan, Alhamdullilah.









Wednesday, 6 October 2021

Penyerahan Bantuan Amal Covid 19 bagi kumpulan ketiga , di adakan hari ini Rabu, 6 hb Oktober 2021

 Penyerahan bantuan Amal Covid 19, bagi kumpulan ketiga , di adakan di Rumah Kediaman Bendahari MPK, Tuan Haji Ismail Hj.Yusof. Seramai 5  penerima Bantuan dari bilangan 12 - 16 telah menerima Bantuan berkenaan.










Monday, 4 October 2021

Penyerahan Bantuan Amal Covid 19 , Kg. Mulaut, kumpulan kedua, Ahad, 3 Oktober 2021

 Sekali lagi penyerahan Bantuan Amal Covid 19, Kg. Mulaut telah di adakan pada hari Ahad,  3 Oktober 2021 bertempat  di rumah Bendahari MPK, Kampong Mulaut, Tuan Haji Ismail bin Hj.Yusof . Seramai 5 Penerima Sumbangan telah hadir .










Sunday, 3 October 2021

Penubuhan Tabong Bantuan Amal Covid 19, bagi Kg. Mulaut

 Majlis Perundingan Kampong,( MPK ) dan dengan kerjasama Takmir Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen,(PMAM ), Kg. Mulaut telah mengungkayahkan Penubuhan Tabong di atas dalam usaha meringankan bebanan golongan Asnaf Fakir Miskin,OKU,Ibu Ibu Tunggal dan Warga Emas , yang dalam kesusahan di Kg.Mulaut yang memerlukan bantuan.Tabong ini di bukakan bermula dari tarikh 18 Sep 2021 dan Tutup pada 17 Oct 2021, (tempoh 1 Bulan Sahaja ). Sumbangan kepada tabung ini di khusu kan kepada Ahli ahli MPK dan Takmir Masjid, Penduduk Penduduk Kampong Mulaut, dan juga di bukakan kepada Penyumbang orang ramai di luar Kampong Mulaut.Sumbangan adalah dalam bentuk  kewangan dan barang barang Makanan asasi.

Sehubungan dengan ini satu majlis Penyerahan Bantuan telah di adakan  pada 18 Sep 2021, bertempat di rumah Ketua Kampong,Kg. Mulaut, Tuan Hj.Meramit bin Hj Saban. Pada kumpulan pertama ini  seramai 5 penerima telah menerima sumbangan masing masing yg di sempurnakan oleh Yang Mulia, Tuan Haji Meramit , Ketua Kampong Mulaut.