Monday, 24 February 2014

Sessi Perjumpan Khas MPK dan Penduduk Penduduk Kampong Mulaut - 24 Februari 2014


Mesyuarat di pengurusikan oleh Ketua Kampong , 
Pengurusi Majlis Perundingan Kampong, Tuan Haji Mohd Jait Hitam
Lebeh dari 30 Orang Penduduk Penduduk Kampong dan ahli ahli MPK hadir

Agenda utama yang di bincangkan :

1. Mendengar dan menerima cadangan dan isu isu dari penduduk Penduduk kampong dan ahli ahli MPK  yang bersesuaian, untok bahan input kepada Yang Berhormat Tuan Hj.Jumat Akim , untok di bawa ke Majlis Mesyuarat Negara yang akan berlangsong bulan March depan.

2. Melantik Dua ahli MPK baru yang di kosongkan

3. Melantik Timbalan Pengurusi Jawatan Kuasa Perundingan Kampong yang Baru.




















Mesyuarat bersetuju :

1. Menerima beberapa cadangan dan saranan  yang bersesuaian dari penduduk penduduk dan ahli ahli MPK  kampong Mulaut untok bahan input kepada Yang Berhormat Tuan Haji Jumat bin Akim.

2. Melantik dua Ahli Jawatan Kuasa Majlis Perundingan Kampong yang baru , iaitu
    2.1 Tuan Haji Zakaria bin Hj.Aman
    2.2 Tuan Haji Ismail bin Hj. Yusof

Kedua dua ahli yang di lantik telah memberi persetujuan dan seterusnya menerima perlantikan di atas. 

3. Yang Mulia Tuan Haji Akip bin Hj. Burut dengan sebulat suara di pilih untok menyandang Jawatan Timbalan Pengurusi Majlis Perundingan Kampong Yang Baru. ( Cadangan di kemukakan oleh Puan Hajjah Asmah, salah seorang ahli MPK dan di sokong oleh Majority ahli ). Alhamdullilah Tuan Hj Akip menerima perlantikan di atas dan beliau seterus nya menyataklan terima kaseh kepada ahli ahli Mesyuarat  atas kepercayaan yang di berikan kepada nya dan memohon kerjasama para ahli ahli MPK dan Penduduk Penduduk Kampong dalam sama sama memajukan Kesejahteraan Kampong.

4. Sehubungan dengan perlantikan beliau ke jawatan di atas ( Sebelum nya Tuan Hj.Akip ialah Setiausaha MPK Mulaut ) sedikit perubahan straktur MPK mulaut telah di buat dan diubahsuai di mana beberapa lantikan dalaman telah di buat . Cadangan bagi Tuan Hj.Alias Hj Shari  ( Sebelum nya , Penulong Setiausaha ) di beri kepercayaan untok menjadi Setiausaha MPK Mulaut dan Tuan Hj. Suhut ,ahli biasa MPK di lantik menjadi Penulong Setiausaha yang baru. Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan perlantikan perlantikan di atas. Sekali lagi kedua dua Ahli Ahli MPK berkenaan telah menerima perlantikan masing masing.

Mesyuarat selesai pada jam : 10 : 40 pagi , 




Gambar kenang-kenangan





No comments:

Post a Comment