Majlis Perundingan Kampong,( MPK ) dan dengan kerjasama Takmir Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen,(PMAM ), Kg. Mulaut telah mengungkayahkan Penubuhan Tabong di atas dalam usaha meringankan bebanan golongan Asnaf Fakir Miskin,OKU,Ibu Ibu Tunggal dan Warga Emas , yang dalam kesusahan di Kg.Mulaut yang memerlukan bantuan.Tabong ini di bukakan bermula dari tarikh 18 Sep 2021 dan Tutup pada 17 Oct 2021, (tempoh 1 Bulan Sahaja ). Sumbangan kepada tabung ini di khusu kan kepada Ahli ahli MPK dan Takmir Masjid, Penduduk Penduduk Kampong Mulaut, dan juga di bukakan kepada Penyumbang orang ramai di luar Kampong Mulaut.Sumbangan adalah dalam bentuk kewangan dan barang barang Makanan asasi.
Sehubungan dengan ini satu majlis Penyerahan Bantuan telah di adakan pada 18 Sep 2021, bertempat di rumah Ketua Kampong,Kg. Mulaut, Tuan Hj.Meramit bin Hj Saban. Pada kumpulan pertama ini seramai 5 penerima telah menerima sumbangan masing masing yg di sempurnakan oleh Yang Mulia, Tuan Haji Meramit , Ketua Kampong Mulaut.
No comments:
Post a Comment